Berkhatan pembedahan pertama manusia

KUALA LUMPUR – Berkhatan atau sunat adalah tuntutan agama dan tradisi masyarakat Islam di Malaysia. Berkhatan ini telah wujud pada zaman dahulu lagi. Mengikut sejarah perubatan berkhatan ini adalah pembedahan pertama yang dilakukan oleh manusia.

Ketua Pegawai Perubatan Kumpulan Megaklinik Zahran Dr. Ahmad Syukri Jamaludin menerangkan secara asasnya berkhatan adalah salah satu proses memotong kulit di bahagian kepala kemaluan kanak –kanak lelaki yang biasanya dilakukan semasa kanak-kanak diawal usia lima hingga 12 tahun.

“Berkhatan mempunyai banyak kaedah antaranya ialah kaedah konvensional(potong dan jahit) , kaedah clamp, kaedah Sutureless Circumcision(gam) , teknik laser(alat haba yang memotong kulit) dan teknik ring(ikat dan potong)” katanya.

Beliau turut berkongsi cara bagi mengelakkan bentan (tumpah darah) selepas berkhatan iaitu mengurangkan pergerakan dan mengunakan kaedah sitzbath. Kaedah sitzbath adalah meletakkan 1/3 air bersama satu hingga dua  sudu teh garam Epsom ke dalam besan yang membolehkan kanak-kanak untuk berendam.

Menurutnya, rendaman bergantung kepada teknik berkhatan yang dilakukan. Sekiranya ia dilakukan menggunakan kaedah Diathermy yang tidak melekat, rendaman boleh dilakukan selepas 24jam, namun jika Diathermy masih melekat rendaman boleh dilakukan selepas 2 hari balutan ditanggalkan katanya ketika menjadi tetamu rancangan Warna Pagi slot ‘Kesihatan’ di radio IKIMfm.

Beliau turut berkongsi tips penyembuhan luka dengan cepat iaitu dengan banyakkan minum air kosong, mengambil makanan bersumberkan protein seperti ayam, telur dan ikan dengan kuantiti yang tinggi, mengambil vitamin C untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman dan vitamin A untuk meningkatkan sistem imuniti badan.

“Terdapat beberapa kaedah untuk mengawal kesakitan selepas berkhatan antaranya ialah kaedah psikologi iaitu dengan cara bermain permainan video atau mengetuk lutut, dan kaedah perubatan iaitu dengan mengambil ubat tahan sakit.

Justeru, ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat berkaitan berkhatan, boleh menyertai kumpulan telegram iaitu ‘saya hero sejati’ yang disediakan oleh Megaklinik Zahran atau lawati facebook kumpulan Megaklinik Zahran 24jam.

 

Kongsi artikel ini di: