Bauksit: Peraturan perlombongan diperketat – Adnan

BENTONG, 8 Januari – Kerajaan negeri akan memperkenalkan lebih banyak peraturan baharu berkaitan kegiatan perlombongan bauksit bagi mengatasi isu pencemaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata peraturan baharu yang lebih tegas itu wajib dipatuhi oleh semua pihak sekiranya mereka mahu terus terbabit dalam perlombongan bauksit.

“Kita berharap semua pihak bersabar menunggu peraturan baharu yang akan membabitkan banyak perkara termasuk lokasi perlombongan, kaedah pengangkutan dan pengurusan di Pelabuhan Kuantan.

“Kita akan berbincang dahulu dengan semua agensi berkaitan sebelum peraturan lengkap dikeluarkan… untuk sementara waktu, kita kena bersabar kerana perbincangan untuk  jangka masa panjang dan tidak boleh diselesaikan dalam masa sehari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah, Datuk Azhar Arshad; Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohammad Mansor Mohd Nor dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bentong, Muhammad Shahid Ismail.

Adnan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terbabit seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan pengendali pelabuhan dalam masa terdekat.

116total visits,4visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm