Bantuan Kemanusiaan Tiba Di 4 Bandar

jordan-syrian-refugees.transformed
AMMAN, 26 Sept – Tujuh puluh trak bantuan kemanusiaan dihantar ke empat bandar yang dikepung di Syria buat kali pertama dalam masa hampir enam bulan, kata Jawatankuasa Antarabangsa Bulan Sabit Merah (ICRC).
Pertubuhan bantuan berkata, konvoi dihantar ke Madaya dan Zabadani berhampiran Damsyik dan ke kampung al Foua dan Kefraya di Idlib di barat laut negara itu. Madaya, berhampiran sempadan dengan Lubnan, memiliki 40,000 penduduk dan dikepung tentera sekutu kerajaan Syria selama enam bulan manakala di Zabadani cuma masih ada 1,000 penduduk.
Kefraya dan al-Foua di wilayah Idlib pula mempunyai 20,000 penduduk, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dikepung pemisah sejak April 2015.
Khamis lalu operasi bantuan PBB di Syria disambung selepas dihentikan 48 jam berikutan serangan. Badan dunia itu menggantung penghantaran bekalan menerusi darat selepas konvoi 31 trak diserang Isnin lalu di Urem al-Kubra di barat Aleppo. Bulan Sabit Arab Syria berkata, seorang kakitangannya dan kira-kira 20 penduduk awam maut dan sebuah gudang musnah.
Sumber – BERITA HARIAN
Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my