BANJIR DI PAHANG BERTAMBAH BURUK, MANGSA MENINGKAT KEPADA 8,800 ORANG

KUANTAN, 4 Jan  – Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 8,800 orang sehingga pukul 2 petang tadi, yang ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 7,309 orang pagi tadi.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan terus mencatatkan pertambahan mangsa yang dipindahkan dengan 7,162 orang ditempatkan di 28 PPS berbanding hanya 5,663 orang pagi tadi.

“Di Dewan Orang Ramai Seri Damai terdapat seramai 156 mangsa dipindahkan di situ, Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran, Kemunting (108), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24), Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267 ), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (288), dan SMK Sungai Lembing (empat orang).

SK Kampung Padang pula menempatkan 73 mangsa, SMK Pandan (921), Balai Raya Kampung Pahang (69), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (199), Balai Raya Kampung Tiram (243), SMK Paya Besar (641), SRJK ( C ) Chung Ching (540), SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad (26) dan SK Kempadang (67).
“Di Wisma Belia pula, seramai 635 orang telah dipindahkan di situ, Balai Raya Pasir Kemudi (dua), Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (592), Dewan Serbaguna Panching (17), Kuarters Polis Alor Akar (35) dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (29),” menurut portal itu.

SUMBER-BERNAMA

Kongsi artikel ini di: