Banjir Di Jepun: Angka Kematian Meningkat Kepada 100 Mangsa

TOKYO, 9 Julai – Jumlah kematian mangsa akibat banjir, berikutan hujan lebat yang melanda Jepun, sejak beberapa hari lalu, meningkat kepada 100 orang.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga, operasi mencari dan menyelamatkan diteruskan hari ini, bagi mengesan penduduk yang terselamat dan dilaporkan hilang.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membatalkan jadual lawatan ke luar negara mulai Rabu ini, ke Belgium, Perancis, Arab Saudi dan Mesir, selepas 100 rakyatnya maut dalam kejadian banjir di barat negara itu.

Menurut agensi berita Kyodo, Setiausaha Agung, Parti Liberal Demokratik (LDP), Jeneral Toshihiro Nikai ketika memberitahu wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan Abe, berkata keputusan untuk membatalkan siri lawatan itu tidak dapat dielakkan susulan bencana banjir di barat Jepun itu

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.