Bakal haji diminta ketepikan seketika isu politik negara, tumpu ibadah

BESUT, 11 Ogos: Bakal haji diingatkan supaya mengetepikan seketika isu berkaitan politik dalam negara dan menumpukan perhatian mereka dalam menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata tumpuan bakal haji perlu difokuskan kepada tujuan dan matlamat mereka ke Makkah dengan hati yang suci dan fikiran terbuka supaya ibadah mereka diterima Allah.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata bakal haji juga perlu membuat persiapan teliti terutama dari segi menjaga kesihatan agar mereka tidak mengalami sebarang masalah apabila berada di tanah suci bersama jemaah lain dari dari seluruh dunia.

“Kesihatan adalah keperluan utama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap bakal haji kerana dengan kesihatan yang baik mereka akan dapat mengerjakan ibadat haji dengan baik dan sempurna,” katanya pada majlis meraikan bakal-bakal haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras UMNO Jerteh di sini, malam tadi.

Muhammad Pehimi yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO negeri berkata mana-mana bakal haji yang sakit ketika berada di tanah suci perlu pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan di tanah suci dengan segera dan tidak membiarkan penyakit melarat hingga boleh membantut mereka daripada meneruskan ibadah haji.

Katanya, bakal haji juga diingatkan bahawa pemergian mereka ke tanah suci itu adalah adalah tuntutan ibadat dan bukan sebagai melancong, apatah lagi sebagai satu peluang untuk membeli belah.

Sumber BERNAMA

54total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm