Bahrain halang pembangkang bertanding pilihan raya

DUBAI, 14 Mei 2018 – Parlimen Bahrain meluluskan undang-undang menghalang ahli parti pembangkang yang dibubarkan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Ia adalah langkah membendung pembangkang sebelum pilihan raya Parlimen pada tahun ini.

Pada tahun lalu, mahkamah Bahrain membubarkan kumpulan pembangkang utama al-Wefaq dan National Democratic Action Society (Waad) atas alasan bahawa kedua-dua parti terbabit bersubahat menggalakkan keganasan.

Majlis Syura iaitu dewan tinggi Parlimen meluluskan undang-undang yang melarang pemimpin dan ahli politik dikaitkan dengan parti yang dibubarkan mahkamah daripada bertanding dalam pilihan raya.

Undang-undang itu sebelum ini diluluskan Dewan Perwakilan, namun masih perlu ditandatangani Raja untuk dikuatkuasakan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top