IKIMfm Siar Program Menarik Sempena Aidilfitri Ini

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menyediakan pelbagai genre Program Khas Hari Raya untuk para pendengarnya. Penerbitan program-program tersebut antara lain bagi menghargai para pendengar yang sentiasa menyokong dan setia mendengar rancangan-rancangan mendidik jiwa terbitan radio berkenaan. IKIMfm yang berjaya mengekalkan...

Jabatan Imigresen lancar tabung kemanusiaan Palestin

PUTRAJAYA, 21 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin JIM bagi mengutip dana bagi misi bantuan dan aktiviti kemanusiaan untuk warga Palestin. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu antara fokus dalam mesyuarat pegawai JIM dan Aman Palestin yang dipengerusikannya di ibu pejabat JIM di sini bagi...

ABIM Gesa Kerajaan Suarakan Pendirian Malaysia Isu Palestin

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2018 – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa  kerajaan untuk menyuarakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin yang semakin meruncing terutama selepas pengisytiharan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara  Israel dan pemindahan kedutaan Amerika, semalam. Menerusi satu  kenyataan di  ibu negara  Presiden ABIM  Mohamad Raimi Ab Rahim berkata ketegasan Perdana Menteri Tun Dr...

Mohamad Nordin dilantik KP Jakim Baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2018 – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah jabatan itu yang baharu berkuat kuasa 17 Mei ini. Tan Sri Othman Mustapha dalam kenyataan pada Ahad berkata tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jakim tamat pada 16 Mei ini. “Majlis...

Qari, qariah Malaysia johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-60

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2018 – Qari dan Qariah Malaysia, Abdullah Fahmi Che Nor dan Suhailah Zulkifly masing-masing diumumkan juara qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60. Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan. Abdullah Fahmi memperoleh markah...

Elemen al-Quran panduan hadapi perbezaan kaum dan agama – Agong

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2018  – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah menyeru umat Islam menjadikan elemen seperti keadilan, toleransi, diplomasi dan persefahaman yang diajar al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi perbezaan kaum dan agama. Baginda bertitah ini kerana al-Quran membawa bersama prinsip asas dalam mengatur kehidupan manusia selari dengan keperluan fitrah manusia itu...

Polis Afrika Selatan buru 3 lelaki serang masjid

VERULAM, 11 Mei – Polis Afrika Selatan memburu tiga lelaki yang menikam seorang mangsa di sebuah masjid di luar Durban berkata hari ini, motif penyerang tidak diketahui namun ‘elemen keganasan’ dikaitkan. Tiga penyerang membunuh seorang mangsa, dilaporkan seorang imam dan mencederakan dua lain selepas solat Zuhur semalam di sebuah masjid di bandar ini, di...

Tun Dr Mahathir angkat sumpah PM ke-7

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam ini. Dr Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai...

Scroll to top