AS lulus jual F-16 kepada Bahrain

WASHINGTON, 30 Mac – Pentadbiran Donald Trump memutuskan untuk meluluskan penjualan jet pejuang F-16 bernilai berbilion dolar kepada Bahrain tanpa syarat hak asasi seperti yang pernah dikenakan dengan penjualan itu oleh pentadbiran Barack Obama.
Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, Bob Corker berkata mereka diberitahu oleh Jabatan Negara bahawa pentadbiran itu bercadang meluluskan penjualan berkenaan, semalam.
Pemberitahuan itu memulakan tempoh dua peringkat yang mana Kongres boleh mengkaji semula perjanjian atau mengambil tindakan menghalangnya sebelum ia dilaksanakan.
Pentadbiran Obama melengahkan penjualan disebabkan timbul kebimbangan berkaitan isu hak asasi manusia di Bahrain. Corker berkata pendekatan sebegitu tidak menguntungkan sesiapa. Kelulusan yang mungkin dibuat pentadbiran Trump tidak meletakkan sebarang syarat.
Bahrain adalah tempat persinggahan armada ke-5 tentera laut AS. Bagaimanapun, Jabatan Negara enggan mengulas.
Sumber AP

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top