AS Kenakan Sekatan Ke Atas Iran

WASHINGTON, 6 Ogos – Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 telah membuka jalan kepada Washington untuk mengenakan kembali sekatan terhadap Iran

Al-Jazeera melaporkan bahawa sekatan itu akan dijalankan dalam dua fasa.

Sekatan pertama akan dijalankan bermula esok dan fasa kedua serta terbesar bakal berkuatkuasa pada 5 November.

Beberapa syarikat seperti GE dan Honeywell yang beroperasi di Iran adalah antara yang terpaksa menarik balik pelaburan mereka kerana sekatan itu.

Selain itu, beberapa syarikat asing seperti firma tenaga Perancis iaitu Total juga memulakan operasi di Iran selepas termeterainya perjanjian terbabit.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top