Arab Saudi Usir Duta Kanada

RIYADH – ARAB SAUDI, 7 Ogos – Arab Saudi mengumumkan pengusiran duta besar Kanada ke negara itu dalam tempoh 24 jam dan pada masa sama memanggil pulang dutanya.

Negara Arab tersebut turut membekukan hubungan perdagangan dengan Ottawa berhubung apa yang disifatkan sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara.

Pada minggu lalu, Kanada mengatakan ia ‘amat bimbang’ terhadap penangkapan wanita dan aktivis hak asasi manusia di negara Arab berkenaan dan mendesak pembebasan segera.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.