Arab Saudi tahan aktivis hak asasi wanita

DUBAI, 6 Jun – Aktivis hak asasi wanita Arab Saudi, Loujain al-Hathloul, ditahan pihak berkuasa negara itu di lapangan terbang Dammam, kata pertubuhan Amnesty International.

Ini adalah kali kedua pihak berkuasa menahan Hathloul, yang ditahan kelmarin, kata Amnesty.

Pada 2014, beliau ditahan kerana melanggar larangan wanita memandu di negara itu.

“Nampaknya beliau menjadi sasaran sekali lagi kerana usahanya sebagai aktivis hak asasi manusia yang bercakap mengenai hak wanita, yang kerap ditindas di Arab Saudi.

“Beliau perlu dibebaskan dengan segera dan tanpa syarat,” kata jurucakap pertubuhan itu, Samah Hadid, yang menyifatkan berita penangkapan itu sebagai tidak wajar dan tidak masuk akal.

Pada November 2014, Hathloul cuba memandu masuk ke Arab Saudi dari negara jiran, Emiriah Arab Bersatu yang melanggar larangan, dan ditahan lebih dua bulan.

Sumber AFP

519total visits,1visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm