Arab Saudi Sasar Keselesaan 4.5 Juta Jemaah Guna Sistem Elektronik Pada 2030

MAKKAH, 31 Julai – Kerajaan Arab Saudi menyasarkan perjalanan haji dan umrah yang lebih selesa tanpa sebarang kegusaran apabila pengendalian jemaah umrah dan haji yang dijangka mencecah  4.5 juta orang pada 2030  dilakukan secara elektronik sepenuhnya.

Demikian menurut Menteri Haji dan Umrah Dr Mohammad Saleh bin Taher Benten.

Sambil menegaskan keazaman kerajaan negara itu untuk memudahkan jemaah mendapat perkhidmatan sebaik mungkin dalam bidang kesihatan, keselamatan, pengangkutan dan tempat tinggal, beliau berkata ini selari dengan Visi 2030 Arab Saudi  yang diperkenalkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Dr Mohammed Saleh berkata demikian kepada 11 editor dari Malaysia, Pakistan, Senegal, Indonesia, Turki and Sudan yang membuat liputan persiapan musim haji di Tanah Suci.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.