Amal Nilai Mulia Jayakan Negara

PUTRAJAYA, 9 Julai – Penjawat awam disaran  mengamalkan nilai mulia bagi menjayakan negara dan tidak menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan.

Justeru, Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengingatkan warga pentadbir supaya memiliki keikhlasan dalam menjalankan tugas bagi membolehkan pembangunan negara tercapai.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa

Dalam perkembangan lain, Tun Dr Mahathir berkata Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri serta ahli Parlimen kerajaan akan tertakluk di bawah Etika Perkhidmatan Awam yang menghalang sebarang bentuk amalan rasuah.

Dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR)  beliau juga berkata perkara itu susulan daripada taksiran baharu anggota pentadbiran yang akan diperluaskan.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.