Algeria, Britain Bincang Usaha Perangi Keganasan

ALGIERS, 5 Julai – Algeria dan Britain pada Rabu telah membincangkan kerjasama dalam memerangi keganasan dan ektremisme,

Perbincangan itu diadakan semasa kunjungan Menteri Negara Britain bagi Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tariq Mahmood Ahmad.

Kedua-dua pihak membincangkan isu-isu kepentingan bersama, termasuk keselamatan, keganasan dan ekstremisme agama, kata Tariq Mahmood kepada pemberita selepas bertemu Menteri Luar Algeria Abdelkader Messahel.

‘Algeria dan Britain kini bekerjasama untuk menangani isu-isu ini, dan berusaha mempertahan wajah sebenar Islam.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.