ABIM Gesa Kerajaan Suarakan Pendirian Malaysia Isu Palestin

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2018 – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa  kerajaan untuk menyuarakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin yang semakin meruncing terutama selepas pengisytiharan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara  Israel dan pemindahan kedutaan Amerika, semalam.

Menerusi satu  kenyataan di  ibu negara  Presiden ABIM  Mohamad Raimi Ab Rahim berkata ketegasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memperjuangkan isu Palestin pasti akan didengari dan didukung oleh masyarakat antarabangsa.

Sehubungan itu, Mohamad Raimi berkata komuniti dunia perlu terus memberi tekanan diplomatik kepada Israel dan  Amerika malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wajar menggantung keanggotaan kedua-dua negara itu selain melaksanakan sekatan ketenteraan dan ekonomi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata ABIM bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin melibatkan bantuan perubatan yang diperlukan rakyat Palestin yang tercedera akibat kekejaman Zionis.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my