9,000 Kakitangan TNB Bersiap Siaga Pada Aidil Fitri

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Seramai 9,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad  (TNB) bertugas dalam keadaan bersiap siaga 24 jam bermula pada hari ini), bagi memastikan bekalan elektrik terus dinikmati untuk keselesaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

TNB dalam satu kenyataan berkata pelbagai persiapan awal telah dijalankan bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik antaranya pemeriksaan di semua stesen janakuasa dan pencawangnya telah dijalankan.

Di sesetengah tempat juga TNB telah menambah baik sistem pencawangnya bagi menampung jangkaan beban yang meningkat di kawasan berkenaan.

Lebih 108 set janakuasa bergerak disediakan untuk digunakan sebagai punca bekalan eletrik, sekiranya diperlukan, katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku sebarang gangguan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.