600 Asnaf, Anak Yatim Terima Sumbangan Yayasan Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR, 11 Jun – Seramai 600 ibu tunggal, fakir miskin, mualaf dan anak yatim di  seluruh Kedah menerima sumbangan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi YSB berkenan menyampaikan sumbangan tersebut.

Pengurus Besar YSB Misbah Abdul Hamid berkata inisiatif itu adalah usaha berterusan yayasan dalam mengurangkan beban golongan yang memerlukan terutamanya ketika hendak menyambut Aidilfitri, dijangka pada Jumaat ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Raya Aidilfitri YSB di salah sebuah hotel di Alor Setar, Kedah

Sementara itu, Misbah berkata pihak YSB berharap lebih banyak syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat tampil menghulurkan  sumbangan  dengan menghubungi Bahagian Hubungan Korporat YSB pada talian 04-7304112.

YSB adalah organisasi amal yang berperanan sebagai ejen perubahan dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, remaja dan belia serta inisiatif latihan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.