60 pendatang lemas di Mediterranean

MADRID, 21 Jun – Sekurang-kurangnya 60 pelarian terbunuh selepas bot getah mereka tenggelam di Laut Mediterranean di pantai Libya minggu lepas, kata mangsa yang selamat.

Hampir 40 orang yang terselamat dari kapal itu, yang terbalik pada 12 Jun di luar pantai Libya, adalah antara lebih 500 pelarian di atas kapal Diciotti, sebuah kapal pengawal pantai Itali, yang berlabuh Selasa malam di pelabuhan Sicily Pozzallo.

Mangsa yang ditemuramah oleh sukarelawan dari Persatuan Hak Asasi Manusia Medu di Sicily berkata, bot tersebut mengangkut 117 orang, sekali gus menyebabkan angka kematian diramal melebihi 70 orang.

Bagaimanapun, NGO Doktor Tanpa Sempadan (MSF) meletakkan angka kematian lebih rendah iaitu 60 orang, selepas menerima maklumat dari mangsa yang terselamat, yang mengatakan 100 orang berada di atas bot malang tersebut.

Semasa kemalangan itu, Tentera Laut Amerika Syarikat datang untuk membantu pelarian yang lemas, melaporkan mengesan kira-kira 12 mayat di dalam air tetapi ia tidak dapat mencari mereka selepas operasi menyelamat.

Krisis pelarian Eropah meningkat minggu lalu selepas Itali dan Malta memalingkan kapal penyelamat Aquarius membawa 629 pelarian dan terus menunggu di perairan antarabangsa antara kedua negara selama lebih dari 30 jam dengan bekalan makanan dan minuman terhad dan dalam keadaan cuaca yang buruk, sehingga mencetuskan kebimbangan kematian.

Sepanyol akhirnya menawarkan untuk mengambil kapal itu di tengah-tengah kebimbangan keselamatan berikutan keadaan cuaca yang semakin buruk dan menawarkan pelabuhan di Valencia sebagai tempat bagi pencari suaka untuk mendarat di Eropah.

Sumber Press TV

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.