5,000 saman trafik dikeluarkan di KL

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Sebanyak 5,000 saman melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan sepanjang Op Selamat bermula Jumaat lepas di ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata antara kesalahan dilakukan pengguna jalan raya ialah memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit, tidak mematuhi  lampu isyarat dan memandu di lorong kecemasan.

Tambah beliau seramai 199 anggota trafik termasuk 14 pegawai akan ditempatkan di Jalan Kepong, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Lebuhraya Seremban, Jalan Sentul, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Connaught dan Jalan Sungai Besi sepanjang Op Selamat dijalankan hingga 22 Jun ini.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.