Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membuat pelepasan bakal haji tersebut pada pukul 3 pagi  dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya menaiki 10 buah bas menuju ke KLIA.

“Kesemua jemaah berkenaan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz di Madinah kira-kira pukul 10 pagi (waktu saudi) .

“Sebelum ini kita sudah menghantar 209 petugas  bagi  menguruskan  persiapan untuk  jemaah haji termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah,”katanya ketika hadir Majlis Pelepasan Jemaah Haji KT 01 di sini pagi ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

Katanya, pada tahun ini, jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah  30,200 akan bertolak secara berperingkat  melibatkan 112 penerbangan ke Tanah Suci dengan penerbangan terakhir pada 26 Ogos.

Kesemua jemaah haji negara dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.

Sumber  Utusan Online