A. Radio Dalam Talian (Streaming Online) :


Apakah alamat URL untuk mendengar Streaming Online IKIMfm?

Sila ke laman web rasmi IKIMfm di www.ikimfm.my. Radio streaming terletak di sebelah atas laman web IKIMfm. (Pastikan speaker anda telah dihidupkan dan volume yang sesuai telah dilaraskan)


Bagaimanakah saya boleh mendengar Radio IKIMfm pada pemain audio di komputer saya?

Anda boleh mendengar Radio IKIMfm pada pemain audio di komputer anda dengan memuat turun senarai main (playlist) pemain pilihan yang meyokong  pemain seperti Quicktime, Windows Media Player, Winamp dan Real Player.


Dimanakah lagi saya boleh mendengar Radio IKIMfm secara online?

Anda boleh mendengar Radio IKIMfm secara atas talian (online) melalui laman web www.shoutcast.com dan membuat carian untuk “IKIMfm” atau di www.tunein.com. Kedua-dua laman ini  biasanya boleh ditembusi walaupun anda berada di kawasan yang mempunyai firewall yang menyekat pemain media atau radio.


Adakah Radio IKIMfm mempunyai aplikasi untuk Telefon Pintar (Smartphone)?

Ya, anda boleh memuat turun aplikasi Apple secara percuma di App Store dan juga di Google Play untuk telefon pintar jenis Android. Hanya buat carian “IKIMfm” serta muat turun dan anda boleh terus mendengar IKIMfm di mana sahaja anda berada selagi terdapatnya liputan 3G / Wifi.

  


Kenapa Online Streaming IKIMfm asyik tersekat-sekat?

Online Streaming IKIMfm bersiaran baik kebiasaannya, jika tersekat-sekat itu adalah disebabkan oleh rangkaian anda, samada anda menggunakan pembekal perkhidmatan seperti Streamyx, CELCOM, MAXIS dan lain-lain yang mungkin menghadapi masalah seperti agak perlahan dan seumpamanya. Sila berhubung dengan pembekal perkhidmatan internet anda.

Kenapa saya masih tidak dapat mendengar IKIMfm, adakah IKIMfm menyekat alamat IP tertentu?

Tidak, kami tidak pernah menyekat mana-mana alamat IP. Kemungkinan anda tidak dapat mendengarnya kerana ianya disekat oleh sistem rangkaian internet (firewall dll) di tempat anda yang mengenakan sekatan untuk mengakses radio atas talian, atau mungkin juga sekatan oleh penyedia perkhidmatan internet negara yang anda diami. Di setengah negara seperti Republik Rakyat China, dasar kerajaan mereka tidak membenarkan radio atas talian luar didengari melalui internet. Tiada sebab untuk kami yang mengenakan sekatan kerana kami menyediakan perkhidmatan ini untuk didengari di seluruh dunia.

Jika berlaku sebarang masalah, sila guna pautan berikut http://50.7.96.210:8285/listen.pls

B. Memuat Turun Program-Program Lepas :


Adakah boleh dimuat turun rancangan terpilih?

Hanya rakaman rancangan terpilih sahaja yang dibenarkan untuk dimuat turun. Sila layari www.ikimfm.my/podcast untuk senarai muat turun audio.


Kenapa kualiti audionya agak rendah?

Ya, ianya memang sengaja dimuatnaik dengan bitrate yang agak rendah untuk menjimatkan ruang penyimpanan dan juga memudahkan dimuat turun. Ianya juga bagi mengelak berlakunya cetak rompak rancangan-rancangan IKIMfm dan dijual di pasaran gelap dalam bentuk CD, yang kelihatan semakin berleluasa sekarang ini.


Kenapa lagu-lagu, nasyid dan doa-doa tidak boleh dimuat turun?

Lagu-lagu, nasyid dan doa-doa adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta dan Harta Intelek dan tidak boleh dimuat turun sewenangnya. Ianya adalah satu kesalahan jika IKIMfm bertindak sedemikian. Lagu-lagu, nasyid dan doa-doa yang dimainkan di IKIMfm boleh didapati di kedai-kedai buku agama atau kedai-kedai CD dan anda dinasihatkan untuk mendapatkannya di sana. Anda juga boleh berhubung terus dengan syarikat-syarikat rakaman yang mengeluarkan CD-CD zikir dan doa seperti Hijjaz Records Sdn. Bhd, Inteam Records Sdn. Bhd, dan lain-lain lagi.


Bolehkah saya mendapatkan / membeli rakaman-rakaman lepas yang saya tidak sempat memuat turun?

Untuk mendapatkan atau membeli rakaman-rakaman lepas yang tidak sempat dimuat turun, anda boleh layari www.niaga.tvikim.my untuk melihat koleksi audio.

C. Tetamu / Penyumbang Rancangan di IKIMfm :


Bagaimanakah untuk menghubungi tetamu / penyumbang yang ke udara di rancangan IKIMfm?

Menjadi dasar kami untuk tidak mendedahkan nombor telefon tetamu / penyumbang yang diundang bagi menjaga privasi mereka dan mengelakkan dari gangguan SPAM dan seumpamanya. Pendengar dinasihatkan mendapat maklumat melalui facebook / blog tetamu berkenaan. Untuk makluman, maklumat peribadi tetamu / penyumbang hanya dimiliki oleh penerbit dan bukannya webmaster.

D. Iklan di IKIMfm :


Kenapa IKIMfm semakin banyak memainkan iklan-iklan komersil?

IKIMfm diarahkan kerajaan untuk mencari sumber dana tersendiri bagi menampung kos operasinya yang tinggi. Untuk itu sumber dana melalui iklan terpaksa dimaksimakan. Kami memohon maaf. Namun, dalam masa yang sama kualiti rancangan masih dipertahankan bahkan akan terus dipertingkatkan.


Bagaimana prosedur untuk menghebahkan program dan aktiviti melalui IKIMfm?

Sebahagian dari tanggungjawab korporat IKIMfm ialah membantu menghebahkan program-program dan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang selari dengan misi IKIMfm dalam mendidik masyarakat. Untuk bantuan hebahan, sila fakskan surat permohonan kepada Pengarah Radio IKIMfm beserta skrip hebahan promo yang mengandungi maklumat lengkap program / aktiviti yang tidak melebihi semuka surat. Nombor faks IKIMfm ialah 03-6204 6277. Syarat untuk mendapat hebahan percuma ialah program yang dianjurkan itu juga PERCUMA. Jika program berbayar dan mengaut keuntungan, sila hubungi Unit Pemasaran IKIMfm di talian 03-6204 6263 untuk urusan pembelian iklan. Program yang bersifat ceramah di masjid / surau boleh e-mail ke masjid@ikimfm.my atau anda boleh layari www.ikimfm.my/hebahan. Diingatkan sekali lagi, hanya program PERCUMA yang akan dihebahkan.


Bagaimana mendapatkan maklumat produk tajaan?

IKIMfm mempunyai tiga segmen tajaan itu pada jam 11.15 pagi, 2.30 petang dan 6.15 petang. Segmen-segmen ini ditaja oleh syarikat-syarikat luar untuk menjual produk-produk  barangan / perkhidmatan mereka. Kami tidak mempunyai maklumat berhubung dengan bagaimana untuk mendapatkan produk-produk ini, nombor telefon dan seumpamanya. Kami juga tidak bertanggungjawab terhadap kualiti produk ini kerana ianya tiada kaitan dengan kami. IKIMfm hanyalah medium pemasaran sahaja.

E. Umum :


Bagaimana memohon mengisi jawatan kosong di IKIM / IKIMfm

Semua jawatan kosong yang diwar-warkan di radio IKIMfm akan diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran IKIM. Oleh itu, pemohon tidak perlu e-mail atau menghantar surat kepada IKIMfm kerana kami tidak akan melayan permohonan sedemikian. Sila alamatkan permohonan anda beserta surat permohonan dan salinan sijil-sijil kepada:

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p. Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-6204 6200

Untuk maklumat lanjut lawati laman di bawah ini:

Jawatan Kosong di IKIM / IKIMfm


Adakah IKIMfm menyediakan tempat untuk pelajar praktikal / latihan industri

Ya, kami boleh menimbangkan tempat untuk pelajar-pelajar IPT memohon untuk mendapatkan tempat bagi tujuan latihan industri / praktikal. Bidang-bidang yang sesuai adalah pelajar dari jurusan:

  • Komunikasi Massa
  • ICT
  • Penyiaran

Pelajar dari jurusan lain juga boleh memohon dan dinilai berdasarkan minat dan kesungguhan. Satu temuduga ringkas akan diadakan dan pihak kami tidak menjanjikan sebarang bayaran elaun kepada pelajar latihan industri selama menjalani latihan di IKIMfm. Sila hantar Surat Permohonan lengkap dengan resume / CV ke alamat di bawah ini sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh cadangan untuk memulakan latihan:

Pengarah Radio IKIMfm
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR

Hanya mereka yang layak akan dihubungi. Penghantaran melalui e-mail tidak akan dilayan.


Bagaimanakah jika kami ingin membuat lawatan ke IKIMfm?

Pihak-pihak yang ingin membuat lawatan ke stesen radio IKIMfm hendaklah membuat permohonan mendapatkan kebenaran lawatan dari Datuk Ketua Pengarah IKIM dengan menulis surat kepada Unit Perhubungan Korporat IKIM seperti di bawah:

YBhg. Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p. Puan Zawiah binti Md Sari)
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Zawiah di talian 03-6204 6329 atau e-mail zawiah@ikim.gov.my. Kami mengalu-alukan kedatangan anda!

Apakah IKIMfm menaja kewangan untuk aktiviti-aktiviti?

TIDAK, IKIMfm tidak mempuyai peruntukan untuk menaja sebarang aktiviti samada anjuran IPT atau organisasi. Oleh itu anda tidak perlu menghantar surat permohonan kepada IKIMfm memohon penajaan. Apa yang boleh kami bantu ialah membuat hebahan program anda, bukan menaja program tersebut dari segi kewangan.

Kenapa IKIMfm tidak bersiaran di saluran Astro?

Pihak IKIMfm sudah pun menghantar permohonan kepada pihak Astro untuk bersiaran di saluran mereka, namun dimaklumkan setakat ini semua saluran telah penuh. Usaha sedang dibuat untuk membolehkan bersiaran di saluran HyppTV Telekom.

  PETA LAMAN PROGRAM
  Profil Penyampai Dunia Ekonomi
  Program Tafsir Al-Quran
  Interaktif Islam Itu Indah
  Galeri Topik Jumaat
  Info  
  Hubungi Kami INTERAKTIF
    Radio Dalam Talian
    Facebook
    Twitter
    SMS
    Undian Carta IKIM
  GALERI HUBUNGI KAMI
  Foto Konti
  Audio Peta
  Video Maklumbalas
   
  INFO  
  Frekuensi  
  Waktu Solat  
  IKIMfm  

LANGGAN BULETIN KAMI