4 Pelarian Rohingya Maut, Trak Terbalik Di Bangladesh

DHAKA, 17 Julai – Sebuah trak dari Myanmar terbalik di sebuah kem pelarian Bangladesh untuk Muslim Rohingya, menyebabkan sekurang-kurangnya empat pelarian maut, tiga daripadanya sekeluarga.

Pihak Polis berkata, nahas berlaku di Cox’s Bazar berhampiran Myanmar, dan seorang mangsa yang maut adalah bayi berusia sebulan.

Trak terbabit yang membawa buluh terbalik berhampiran kem Balukhali, menempatkan ratusan ribu Rohingya.

Kebanyakan pelarian tinggal dalam pondok diperbuat daripada buluh dan kepingan plastik di kawasan bukit curam di Cox’s Bazar.

Jumlah itu  meningkat sejak Ogos lalu sejak operasi ketenteraan di Myanmar susulan serangan pemberontak Rohingya ke atas pasukan keselamatan, menjurus pelarian besar-besaran ke Bangladesh.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.