4 maut, 15 cedera bom meledak di Baghdad

BAGHDAD, 24 Mei – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan nekad di ibu kota Iraq di sini hari ini,

Serangan berlaku di daerah Shula yang didiami majoriti Syiah, di barat laut Baghdad.

Menurut kenyataan dari pusat media Keselamatan Nasional Iraq, penyerang itu meletupkan jaket peledak selepas dikepung oleh pasukan keselamatan di pintu masuk taman Saqlawiyah, mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa orang awam.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu,

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.