34 negara Islam bentuk perikatan perangi IS

DUBAI, 15 DisemberArab Saudi hari ini mengumumkan pembentukan tentera perikatan melibatkan 34 negara Islam bagi memerangi keganasan, lapor agensi berita SPA.

Kerajaan Arab Saudi berkata, negara-negara terbabit membuat keputusan membentuk perikatan ketenteraan diketuai Riyadh untuk memerangi keganasan.

Laman web Channel News Asia melaporkan, antara negara terlibat termasuk Malaysia, Mesir, Pakistan, Turki dan negara-negara Teluk.

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my