2,575 Keluarga Mangsa Banjir Kota Belud Terima Bantuan

KOTA BELUD, 12 Julai – Sebanyak 2,575 keluarga mangsa banjir daripada 37 kampung di daerah ini, hari ini menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis berkata setiap keluarga berkenaan yang terkesan dengan bencana banjir pada Disember 2017 itu, menerima RM500 setiap keluarga.

Beliau memberitahu demikian pada majlis penyerahan bantuan itu di Kota Belud, Sabah

Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Parlimen Kota Belud Mohd Norazri Nurazalleh.

Selain itu, Isnaraissah Munirah berkata mengikut rekod, sepanjang 2017 daerah Kota Belud telah dilanda banjir sebanyak 86 kali dan menjejaskan lebih 43 kampung.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.