2,000 Pegawai, Anggota ATM Bertugas Di Lokasi Banjir

GEORGETOWN 23 DECEMBER 2016. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika sidang media selepas melawat mangsa kemalangan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Hospital Pulau Pinang (HPP). NSTP/DANIAL SAAD

 RANTAU PANJANG, 6 Jan – Lebih 2,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan di lokasi banjir di Kelantan dan Terengganu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sehingga kini kekuatan anggota serta aset mereka mencukupi dan proses menangani banjir berjalan lancar.
“Alhamdulillah setakat ini berdasarkan laporan banjir yang diterima dari Terengganu dan Kelantan, tiada masalah berbangkit dan kita bersedia menambah kekuatan anggota selain menggerakkan aset sedia ada sekiranya diperlukan. “Setakat ini, tiada keperluan menambah aset kerana proses memindah serta membantu mangsa banjir mampu menampung dengan aset sedia ada. “Rakyat dan ATM berpisah tiada dan sejak hati pertama banjir dilaporkan di Kelantan dan Terengganu, kita berada di barisan hadapan bagi membantu mangsa banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, di sini, hari ini. Sumbangan kit berupa keperluan asas itu diagihkan dengan kerjasama Media Prima Berhad (MPB) yang turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.
Sumber – BERITA HARIAN

357total visits,2visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm