2,000 Anggota Bomba Bergelut Padam Kebakaran Di California

LOS ANGELES, 3 Julai – Lebih 2,000 anggota bomba bergelut memadam kebakaran hutan di California semalam ketika pihak berkuasa memberi amaran, cuaca panas melampau hujung minggu ini memburukkan lagi insiden itu.

Menurut pegawai bomba, apa yang digelar County Fire di bahagian utara negeri itu kini memusnahkan 28,327 hektar kawasan di daerah Napa dan Yolo sehingga semalam dan hanya lima peratus dapat dibendung.

Kelmarin, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di beberapa daerah supaya bersiap sedia berpindah jika keadaan kebakaran bertambah buruk.

Api yang marak dengan pantas, tidak menyebabkan kematian atau kecederaan, meletus Sabtu lalu di barat ibu negeri, Sacramento dan segera merebak ke selatan.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.