1MDB: Laporan Akhir Pengauditan ditangguh

KUALA LUMPUR, 23 Februari – Pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadual esok dan lusa, ditangguhkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, berkata penangguhan itu berikutan kebanyakan ahli PAC kini berada di luar negara, termasuk menunaikan umrah serta komitmen lain.

“Penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB itu.

“Sehubungan itu, tarikh baharu bagi pembentangan berkenaan dijadualkan pada minggu pertama Mac ini,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, di sini, hari ini.

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my