15 Juta Jemaah Dijangka Laksana Umrah

Kaaba in Mecca Saudi Arabia

MAKKAH, 29 Nov – Sejumlah 1,511 hotel di Makkah dengan 219,350 bilik sudah bersiap sedia untuk menerima sehingga 15 juta jemaah yang dijangka tiba sepanjanag musim umrah kali ini yang bermula sejak pertengahan November hingga 7 Julai tahun depan.

Sumber dalam sektor hospitaliti menjangka bilangan jemaah umrah tahun ini meningkat sebanyak tiga juta berbanding musim lalu. Selain hotel, terdapat 852 bangunan berlesen dan pangsapuri lengkap dengan perabot di Makkah dengan sejumlah 36,456 bilik untuk menampung jemaah.

Menurut sumber itu, tempahan hotel pada hari pertama musim ini mencecah kira-kira 85 peratus terutama di kawasan pusat di sekitar Masjidil Haram dan juga di daerah Jarwal, Kudai, Al-Aziziyah dan Al-Rawdah, yang tidak jauh dari masjid.

Seorang kerani tempahan di sebuah hotel di kawasan pusat, Riza Shalabi, berkata tempahan bilik bahagian dalam mencapai kira-kira 90 peratus dan kira-kira 80 peratus untuk bilik yang menghadap Masjidil Haram.

Beliau berkata, harga bilik untuk seorang adalah SR350 hingga SR450 (RM416 hingga RM535) semalam, hampir tidak berubah berbanding tahun lalu. Harga satu malam untuk suite diraja menghadap Masjidil Haram adalah antara SR1,100 (RM1,309) hingga SR1,300 (RM1,547) termasuk sarapan pagi dan makan malam.

Sumber – BERITA HARIAN

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my