Karnival Kemukjizatan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dianjurkan Julung Kalinya

Melaka, 5 Mei – Al Quran merupakan kitab suci kalamullah yang diturunkan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup kepada seluruh umat islam.
 
Justeru, buat julung kalinya Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Institut kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Karnival Kemukjizatan al-Quran peringkat Kebangsaan 2017.
 
Karnival bertemakan Memartabatkan Ilmu, Membumikan Titah Wahyu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada esok.
 
Pengisian karnival 3 hari itu ialah konvesyan Ilmu, Khutbah Jumaat Khas Bersama Mufti, Dialog Keharmonian Agama, Kembara Kemukjizatan al-Quran dan Glorius Nigh.
 
Sementara ahli panel yang mengisi acara- acara karnival tersebut terdiri daripada para ilmuan seperti Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli al -Bakri, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail, Dr. Mohd Shauki Othman dan ramai lagi.
 
Program bersama IKIM akan berlangsung pada malam pertama pemganjuran karnival iaitu Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama: Agama dan Kelestarian membariskan ahli panel terdiri daripada adalah Ketua Pengarah IKIM Prof. Datuk Dr. Azizan Baharudin, wakil dari agama Hindu Dr. Bala Tharmalingam, wakil agama Budha, Vidyananda K.V. Soon dan wakil agama Kristian, Prof. Dr. Esther Gnanamalar.
 
Sementara itu pada Kolokium al Quran Prof. Datuk Dr. Azizan akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Mentadabur al Quran Melalui Sains’.
 
Karnival Kemukjizatan al- Quran diadakan pada 5 hingga 7 Mei di Dewan Besar UTEM, Melaka.
 
 
Kongsi artikel ini di:

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Pengurus Program Radio. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 16 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my