12 Sampel Spesimen Mangsa Kebakaran Dianalisis

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes dua remaja yang dituduh membunuh 23 penghuni pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bahawa beliau telah menganalisis 12 sampel spesimen mayat mangsa kebakaran tragis itu.

Ahli Kimia Bahagian Toksikologi Jabatan Kimia Malaysia, Yong Khursihah Kamarol Bahrin, 37, berkata sampel spesimen mengandungi 11 darah dan satu spesimen air kencing mangsa itu diterima daripada Insp. Mohamad Fairol Abu Bakar  pada 15 Sept 2017, sehari selepas kejadian menyayat hati tersebut.

Saksi pendakwaan ke-20 itu  memberitahu demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz pada  perbicaraan hari ke-9 hari ini.

Perbicaraan kes itu  turut dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.