12 maut, tanah runtuh di Bangladesh

DHAKA, 21 Jun – Tanah runtuh dan insiden berkaitan dicetuskan akibat hujan pra-monsun di tenggara Bangladesh mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang sejak semalam, termasuk dua Muslim Rohingya.

Kerajaan berkata, ia kini bertindak pantas memindahkan puluhan ribu penduduk ke tempat selamat.

Kematian itu berlaku di daerah Cox’s Bazar dan Rangamati, kedua-duanya bersempadan Myanmar dari mana ratusan ribu Rohingya lari daripada tindakan keras tentera, berikutan hujan tanpa henti sejak tiga hari lalu, kata pegawai kerajaan hari ini.

Satu daripada dua mangsa Rohingya di Cox’s Bazar ialah budak lelaki dua setengah tahun yang maut ditimpa lumpur bersama ibunya. Bagaimanapun ibu budak itu dirawat di hospital. Seorang lagi mangsa, lelaki Rohingya maut apabila pokok tumbang menghempapnya.

Pegawai Suruhanjaya Bantuan dan Pemindahan Pelarian Bangladesh, Mohammad Shamsuddoha, berkata, kira-kira 1,500 setinggan rosak atau musnah sejak hujung minggu lalu akibat hujan.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top