10 Maut, Tanah Runtuh Di Afghanistan

KABUL, 12 Julai – Satu kejadian tanah runtuh memusnahkan hampir 300 rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah perkampungan Afghanistan, dengan penduduk hanya menggunakan peralatan asas menggali untuk mencari mangsa terselamat.

Dua helikopter bersama pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan terbang ke wilayah timur laut Panjshir di mana bencana itu berlaku malam semalam.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, Omar Mohammadi berkata hari ini, keutamaan adalah untuk membantu mangsa yang terperangkap dalam runtuhan selepas tanah runtuh itu menimbus perkampungan Peshghor di daerah Khenj.

Dalam pada itu Presiden Ashraf Ghani, yang berada di Brussels, Belgium untuk sidang kemuncak NATO, mengarahkan pihak berkuasa memberi mangsa bantuan diperlukan, kata pejabatnya dalam satu kenyataan

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.