10 Maut Dipanah Petir Di Bengal Barat, India

NEW DELHI, 13 Jun – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dipanah petir, di beberapa kawasan  berasingan di Bengal Barat, India,

Menurut agensi berita Xinhua, kejadian berlaku pada Selasa selepas ribut petir melanda Bankura, Hooghly, West Midnapore Barat, Birbhum dan wilayah Parganas.

Monsun barat daya menyebabkan negeri-negeri itu dilanda hujan lebat yang turut menyebabkan perkhidmatan kereta api di bandar Kolkata terjejas.

Sementara itu Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat melanda beberapa kawasan terpencil di Bengal Barat dalam tempoh 24 jam akan datang dan nelayan dinasihatkan supaya tidak ke laut.

Pada ulan lepas kejadian sama berlaku di lima negeri, meragut lebih 250 nyawa dan mencederakan lebih 400 orang.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.