10 Maut, 73 Cedera Kereta Api Tergelincir Di Turki

ISTANBUL, 8 Julai – Seramai 10 orang terbunuh sementara 73 mangsa lain cedera, selepas sebuah kereta api tergelincir daripada landasan di barat laut Turki, semalam sehari selepas hujan lebat dan satu tanah runtuh,

Perkara itu dilaporkan menerusi  televisyen Turki memetik pegawai Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan kementerian itu, lima gerabak kereta api yang membawa 362 penumpang terbabit tergelincir, ketika sedang menuju ke Istanbul. Beberapa imej televisyen menunjukkan beberapa gerabak terbalik dan pasukan kecemasan cuba datang ke lokasi nahas.

Seorang mangsa terselamat yang berjalan di sepanjang landasan untuk keluar dari lokasi nahas memaklumkan stesen televisyen CNN Turk bahawa dia ternampak 10 mayat

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.